Zakiabuzaki http://www.facebook.com/profile. http://abzar56SungaiBurong.com/ Zaki Abu ZakiPROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR bagi DUN SG.BURONG Prog. Tuisyen Rakyat akan bermula pd hari AHAD 6hb.MAC 2011 bertempat di Sek Men Agama Tanjong Karang jam 8.00pagi berpakaian sopan menutup aurat ,berkasut & bawa alat tulis ,kalkulator serta buku catatan...jaga adab kesopanan kamu lelaki & perempuan kerana kamu adalah harapan ayah ibu & pemimpin masa depan !
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
Bacaan Surah Al - Mulk
SPIES up your life !!!
Jumaat, 30 Oktober 2009
Jamuan Rumah Terbuka Parit 4, Sungai Burong
Khamis, 29 Oktober 2009
teks untuk buku cenderahati Hari Kecemerlangan Pelajar 2009 SRA P4.
Segala puji bagi Allah Azza wajalla di atas limpah kurnia, taufik, inayah dan rahmatNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SRA Parit Empat sempena sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar yang kita sambut pada hari ini. Majlis ini adalah sebagai pengiktirafan kepada pelajar pelajar yang telah berjaya dan pasti ia juga menyuntik semangat kepada seluruh pelajar pelajar agar berusaha terus lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, disamping menjadi Key Performen index atau penanda aras kepada komitmen kita.
Kita amat sedar bahawa masyarakat madani hanya akan terbentuk melalui sahsiah dan akhlak terpuji yang lahir dari kalangan pelajar terdidik dan seimbang dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani. KIta juga amat sedar bahawa hanya pendidikan agama yang mampu mengangkat martabat ummah yang sekian lama tenggelam dalam arus kebejatan globalisasi .Dan yang pastinya bahawa hanya pendidikan agama mampu menjadi benteng kepada keruntuhan moral dan peradaban manusia.
Kita akan ketinggalan jauh sekiranya tiada langkah langkah dan strategi berjadual dan bersistem
dilaksanakan, disamping semua pihak samada guru guru, ibubapa dan pelajar harus sedar akan peranan dan tanggung jawab masing masing. Oleh itu pendekatan seperti sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar sebegini perlu kita jayakan untuk mencapai misi dan visi yang kita idamkan.
Dengan iltizam yang penuh dari semua warga SRA Parit Empat, saya yakin insya Allah kita mampu meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah, kerohanian dan kualiti pelajar.
Semoga usaha dan cita cita murni kita akan membuahkan kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama SRA Parit Empat.
"Sesuatu yang luarbiasa itu hanya dilahirkan oleh usaha yang luarbiasa"
Syukran jazakallah khairan kathira"
ABU ZAKI ABD.RAZAK.
YDP.PIBG SRA PARIT 4
10.Dzulkaedah 1430H/29.Okt.09
Ahad, 25 Oktober 2009
SALAM PERJUANGAN !!!!!!!!!!!!!!!!!
Jumaat, 23 Oktober 2009
Terapi Duha pagi Jumaat. "MAGFIRAH'
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal amal yang abaik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang orang yang bertakwa, iaitu orang orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang orang yang menahan kemarahannya,dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang orang yang berbuat perkara perkara yang baik, dan juga orang orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahwi (akan salahnya dan akibatnya). Orang orang yang demikian sifatnya , balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik baik balasan (bag) orang orang
yang beramal. (ali'Imran :133-136)
Terimakasih & Salam sejahtera !!!!!!!!!!!!!!!
Bermula dengan PRK Bagan Pinang ,Rumah terbuka JKKK / Kawasan , Program Tuisyen Rakyat, SPIES Remaja & Belia tahap Dua dan yang terkini Bantahan Analisa Rang Daftar Pemilih (SPR) Bagi Suku 3 , tahun 2009. yang sangat perlu di beri tumpuan masa. Tidak termasuk mengurus mangsa bencana ribut yang melanda sewaktu dengan berlaku gempa bumi di Padang, berlaku di Sg.Burong yang ada diantaranya ana kena panjat bumbung rumah membuat kerja tukang. Tidak termasuk Tugas rutin untuk masjid & sekolah yang perlu juga di urus .
Walaubagaimanapun, Syukur yang tidak terhingga kerana harini kita dapat bersua kembali . Di kesempatan ini ana mengucapkan jutaan terimakasih kepada teman teman yang sudi meluangkan masa melayari blog ini.
Jazakallah khairan kasira ..
Jumaat, 2 Oktober 2009
RAKAN MUDA MASJID
MENJADIKAN MASJID SEBAGAI WADAH PENGEMBELINGAN AMAL ISLAMI MASYARAKAT DAN WAHANA TRANSFORMASI UMMAH MELALUI PROGRAM MESRA REMAJA, MESRA KELUARGA DAN MESRA MASYARAKAT.
OBJEKTIF:
1.Melahirkan jenarasi remaja yang cintakan masjid.
2.Membentuk jatidiri remaja menerusi masjid dengan program program mesra remaja.
3.Memperkasakan kurikulum dan metodologi pembelajaran Islam dimasjid.
4.Menjadikan masjid sebagai pusat tarbiah ,pusat maklumat dan kemasyarakatan yang bersifat "one stop centre".
5.Memantapkan organisasi pengurusan masjid dari segi kekompetensian pengurusan jawatankuasa masjid.
SASARAN:
1.Remaja bermasaalah terutamanya yang terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah,vendalisma, dan sebagainya yang berumur yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun.
2.Remaja yang tercicir (tidak bersekolah) disebabkan kemiskinan keluarga,yang sering dikaitkan terlibat dengan budaya lepak, ketagihan dadah, merempit, sex bebas dan mempengaruhi remaja yang bersekolah.
3.Remaja yang bermasaalah disebabkan penceraian ibubapa, di Selangor merupakan kadar tertinggi.
UMNO/BN & pembudayaan kearah kehancuran ???
namun apa da h adi ? Tuuu, macam ayam jantan , kokok bederai ekor begelumang tahi !
I'am Mr. Clean ,you know ,..........hem , forever clean. kesalahan jenayah? No ...court ? No..
Ok..kita mengjangkakan rejim UMNO/BN akan berakhir sebelum atau pada PRU 13.
jika UMNO tewas di Bagan Pinang , kita akan kuburkan bersama Akta zalim ISA< OSA > AUKU & yang sama waktu dengannya .......
Besok penamaan calun , mai kito gi sokmo !!!!!! bravo ...!!! ZULKIFLI !!!!!!
takbir ...... ALLAHHUAKBAR!!!!!
Petikan Hadis.
.....Hadis riwayat Ibnu Majah.
Perjuangan Sepanjang Masa
...SPIEZS REMAJA !!!!
SPIES PELAJAR UNIVERSITY
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
SPIES hebat !!!!!!!!!!
kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua
ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI
BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.
................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....
"sacrifices"
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."
aida comel
aboy & afiq
..........TOKOH............
AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.
abzar56 Sungai Burong
AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.
Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.
Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di
MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.
Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat
Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.
Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.
Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.
Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.
Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya
BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:
1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.
Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.
Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.
Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.
Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.
Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.
http://abzar56-blog.blogspot.com/
Dicatat oleh abu zaki ab.razak d