Zakiabuzaki http://www.facebook.com/profile. http://abzar56SungaiBurong.com/ Zaki Abu ZakiPROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR bagi DUN SG.BURONG Prog. Tuisyen Rakyat akan bermula pd hari AHAD 6hb.MAC 2011 bertempat di Sek Men Agama Tanjong Karang jam 8.00pagi berpakaian sopan menutup aurat ,berkasut & bawa alat tulis ,kalkulator serta buku catatan...jaga adab kesopanan kamu lelaki & perempuan kerana kamu adalah harapan ayah ibu & pemimpin masa depan !
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
Bacaan Surah Al - Mulk
SPIES up your life !!!
Rabu, 31 Mac 2010
.........................GO FOR IT...!!!!!!!!!!
Selasa, 30 Mac 2010
Isnin, 29 Mac 2010
SELANGOR NEGERI BERKEBAJIKAN....bukan omong kosong !!!!!
BIL PROGRAM JUMLAH JUMLAH
PENDAFTARAN PERBELANJAAN
01. Bekalan air percuma bagi 20 1,160,324 RM 200.2 juta
Meter Padu (M)
02. Tabung Warisan Anak Selangor 16,927 RM 16.9 juta
(TAWAS)
03.Hadiah Anak Masuk Universiti 9,581 RM 9.58 juta
04. Skim Mesra Usia Emas 120,239 RM 19.73 juta
TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR !!!!!!!!
sumber dipetik dari:SELANGORKINI
Khamis, 25 Mac 2010
JAHANAM UMNO !!!!!!!
- Sebahagian telah diroboh.. dan sebahagian akan dirobohkan 3 hari lagi.. yang terlibat seluruhnya dianggarkan 200 rumah lebih.. begitulah yang dikhabarkan... Antara rintihan kanak2 disitu " Ayah kita nak tidur kat mana malam ni"....
JAHANAM UMNO! HANCUR UMNO! KIAMAT UMNO AKAN BERLAKU DI BUMI JOHOR! SEDARLAH KARAT BIRU DI JOHOR! JIKA KAMU MASIH MEMANGKAH UMNO BEER END PRU 13 AKAN DATANG, JAWABLAH DI AKHIRAT KERANA ANAK2 KECIL YANG DIROBOHKAN RUMAH MRK INI AKAN BERTANYA : " KENAPA KAMU MENGUNDI PEMIMPIN ZALIM YANG TELAH MEMBERI RESTU MEROBOHKAN RUMAH KAMI? WAHAI ALLAH, CAMPAKLAH MEREKA KE DALAM NERAKAMU!!" TV3, UTUSAN MELAYAU DAN KONCO2, KAMU MMG SIAL!! LANGSUNG TIADA KISAH TTG PERKARA NI.. HAKKK PTUUUIIIHHHH!!
- TAHNIAH PR JOHOR TERUTAMA KEPADA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR YANG BERSAMA2 PENDUDUK KAMPUNG DALAM EPISOD KEJAM NI. TAHNIAH SDR KHAIRUL FAIZI (KP PAS JOHOR), SDR SUHAIZAN KAYAT (TIMB KP PAS JOHOR), SDR SYED OTHMAN (KP PAS KWSN), JUGA KEPADA SEMUA PEMIMPIN PR NEGERI..
PEMIMPIN UMNGOK BEER END YANG JUARA RAKYAT MANA? CIS!! JAHANAM KORANG!!
BRAHIM PERKOSA MANA? CIS!! JAHANAM JUGA UTK LU!!
TOKOH
Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendak massa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan. PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar.
Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri.Bahkan para pelajar khususnya menyanyikan lagu-lagu negeri ini dengan menggunakan istilah Allah, tanpa menimbulkan sebarang polimik, kerana itulah hakikat ketuhanan sebenar. Bahkan dalam kehidupan seharian istilah Allah digunakan oleh kalangan bukan Islam terutama dalam aspek penciptaan, kejadian, kehidupan dan kematian.
Gesaan Presiden PAS dilihat satu usaha bagi meletakkan Allah sebagai Tuhan yang dipercayai dan disembah, agar rakyat negara ini lebih merasai keperluan mempercayai Allah dalam kehidupan mereka. Hal ini dilihat dengan hanya menyebut kepercayaan kepada Tuhan lebih umum dan ianya dilihat tidak mendatangkan keperluan kita mengimani sebagai tumpuan utama dalam setiap aspek kehidupan. Akibatnya ramai dari anggota masyarakat tidak mengikuti arahan dan perintah Allah dalam kehidupan mereka. Meningkatnya gejala sosial, rasuah, penyelewengan, ketidakadilan sosial, dan lainnya adalah menifestasi tiadanya penghayatan kepada konsep ketuhanan yang diimani.
Kini sampailah masa seluruh anggota masyarakat melihat isu ini dengan lebih terbuka, ilmiah dan rasional bagi membina satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai asas kepercayaan. Diharap dengan membuat pindaan ini juga, sebarang polimik yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu akan berjaya diatasi.
Selangor Negeri Idaman..Sejahtera, Maju dan Berkebajikan..!!!!!!
Yang membedakan PR dengan UMNO / BN dari sudut pentadbiran....
PR memberikan nilai yang terbaik kepada rakyat
dengan mengembalikan ratusan juta ringgit kepada rakyat
melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi !!!!!!!
Kini ditambah lagi dengan Skim Mikro Kredit !!!
menjadi pemangkin kepada membasmi kemiskinan !!!
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus
mengagihkan secara adil kekayaan negeri kepada rakyat tanpa
mengira warna, fahaman politik,kaum / bangsa
Khamis, 18 Mac 2010
..........AWAS..!!!!!!!!!jangan ketinggalan...bulitin Selangor KINI..edisi Khas!!! PERCUMA !!!Hangat
- PAKATAN RAKYAT GANDAKAN USAHA....
- JANGAN IKUT TABIAT UMNO - BN.....
- KONVENSION PAKATAN RAKYAT...
- DISKRIMINASI KERAJAAN PUSAT......
- HUTANG TALAM ...
- KEBAJIKAN SEMUA KAUM DIUTAMAKLAN....
- DAN BANYAK LAGI BERITA SENSASI BERGAMBAR.....
Rabu, 17 Mac 2010
Isnin, 15 Mac 2010
PROGRAM TUISYEN RAKYAT NEGERI SELANGOR D.E.
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
Seramai 74 orangt pelajar telah memulakan PTRS DUN SG. BURONG
bertempat di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK)
Kelas bermula 8:00pagi - 01:30 tengahari setiap Ahad bermula 14hb.Mac2010.
Sebahgian pelajar terlibat dengan aktiviti sukan sekolah dan kenduri kawin keluarga .Insya Allah kehadiran pelajar akan meningkat pada minggu akan datang.Seramai 8 orang guru terlatih dan berpengalaman terlibat secara langsung .Pihak Pusat Khirmat Masyarakat Dun Sg.Burong, KPMI Sg.Burong
Abu Zaki Abd.Razak merakamkan ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Unit Pendidikan SUK. Pn.Nurulimma, Konsultan.En Din Ramli, Pengetua SAMTK, Guru-guru tuisyen dan Ibubapa serta pelajar-pelajar.
Insya Allah, Kudapan (sarapan pagi ) akan disediakan kepada semua pelajar=pelajar dan guru-guru bermula minggu hadapan.
Terimakasih dan Salam Maulidur Rasul.
zaki.abuzaki@yahoo.com
KPMI DUN.SG.BURONG.
http://abzar56-blog.blogspot.com/PTRS
Ahad, 14 Mac 2010
Ahad, 7 Mac 2010
Jumaat, 5 Mac 2010
Prestige idea dari PENARIK BECA .......
Lebih sesat dari babi
Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:
"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.
Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)
Harussani juga berkata:
"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?
Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?
Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?
Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.
Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".
Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")
Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.
Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.
Kita tak ada hak untuk melarang Mufti Perak itu hendak menolong Umno meneruskan kezalimannya. Tidak kiralah sama ada parti itu parti perasuah, busuk hingga ke ususnya atau tidak mampu lagi memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu.
Apa sekalipun, kita tak boleh kacau hobi dia untuk membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Ikut suka dialah. Tetapi adakah kerana tak mahu membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman akan melayakkan mana-mana pihak dilabelkan "sayang kepada kafir maka kafir"?
Adakah kerana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP menyebabkan Harussani berpendapat "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula Umno yang berada di dalam Barisan Nasional bersama-sama PBS? Siapa bertanggungjawab ke atas Kristianisasi di Sabah?
Satu lagi soalan kepada Harussani. Ketika orang-orang PAS di bunuh kejam di Memali dahulu dan para pemimpin Umno terang-terang memperlihatkan merekalah yang berada di belakang pembunuhan beramai-ramai orang-orang PAS itu, adakah pada masa itu PAS berada dalam satu pakatan dengan DAP?
Akhirnya, entah kenapa saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Maknanya, ada manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternak.
Berkaitan:
Catatan-catatan Ustaz Ahmad Awang mengenai Harussani di sini.
Sumber dar ipenarik beca
.............DOA SENJATA MUKMIN............
Salam perjuangan...Salam Maulidur Rasul untuk semua..!!!!!!! Mari kita sama-sama munajat kepada Allah SWT..agar Ahli Parlimen Bagan Serai letak jawatan / kosongkan kerusi...kalau tidak Allah SWT timpakan celaka atasnya...!!!!!! Jangan bawa budaya katak kedalam PAS...buruk padahnya...!!!!!
Khamis, 4 Mac 2010
Dapatkan segera....Selangor KINI....PERCUMA !!!!!!
SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA !!!!!!!!!!!!!
AJK UPU SUNGAI BURONG BENDANG.
AJK PAS CAWANGAN PARIT EMPAT KAMPONG,
AJK MASJID AT-TAUFIQIAH KAMPONG BATU 14,SG.BURONG.
AJK PIBG SEK.REN.AGAMA PARIT EMPAT.
JKKK KAMPONG PARIT EMPAT,
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SG.BURONG,
COORDINATOR S.P.I.E.S. DUN SG.BURONG,
CORRDINATOR PTRS DUN SG.BURONG
Abzar56sungai Burong
Rabu, 3 Mac 2010
KONVENSION PAKATAN RAKYAT....KONVENSION RAKYAT !!!!!
BRAVO!!!SYABAS!!!!TAHNIAH!!! PAKATAN RAKYAT
AWAS!!!!! PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR BERMULA !!!!!!!
PELANCARAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR ( PTRS ) &
Oleh:
DR’S MOHAMAD RASHDI DERAMAN.
(Pengarah Pusat Khidmat DUN SG.Burong)
PROGRAM MOTIVASI PARENTING
DAN KECEMERLANGAN
PELAJAR.
DEWAN DATO’ HORMAT
TANJONG KARANG
6HB.MAC,2010 (SABTU)
8.30 PAGI- 12.00 TGH.
TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR
YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2010
ANJURAN DUN SG.BURONG&
KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.
PERTANYAAN/ MAKLUMAT:
ZAKI : 019-398 4678
NIZAM : 013- 222 6675
DR. MURAD: 019-345 8385
Selasa, 2 Mac 2010
Amanat Ulama'...... samkna wa atakna....
3
Apalah respon najib agaknya ek..
"Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.
Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan."
- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009 Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.
Sumber drp: PR-VS-BN.blogspot.com
...SPIEZS REMAJA !!!!
SPIES PELAJAR UNIVERSITY
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
SPIES hebat !!!!!!!!!!
kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua
ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI
BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.
................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....
"sacrifices"
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."
aida comel
aboy & afiq
..........TOKOH............
AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.
abzar56 Sungai Burong
AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.
Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.
Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di
MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.
Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat
Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.
Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.
Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.
Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.
Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya
BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:
1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.
Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.
Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.
Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.
Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.
Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.
http://abzar56-blog.blogspot.com/
Dicatat oleh abu zaki ab.razak d