PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

• Konsep pengajaran berorientasikan pepeiksaan. • Nota padat dan komprehensif disampaikan melalui modul percuma. • Setiap modul direka mengikut nota yang berasakan kepada soalan-soalan peperiksaan. • Sesi kaunseling oleh KPMI diberi secra PERCUMA agar pelajar dpat mencpai tahap prestasi yang cemerlang. • Kumpulan tutor / guru tuisyen terdiri daripada guru pakar yang memeriksa kertas peperiksaan kerajaan atau ahli panel penggubal soalan peperiksaan.

Bacaan Surah Al - Mulk

SPIES up your life !!!

SPIES up your life !!!

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jamuan Rumah Terbuka Parit 4, Sungai Burong


MC sedang memberikan ucapan dan melayan tetamu





Ketika menyambut tetamu hadir bersama Sidang dan JKKK




Ucapan YDP PAS Kawasan Tanjong Karang ( Drs. Rashdi Deraman )
 



Sidang Esa sedang memberikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin


Banyaknya makanan tersedia untuk menjamu selera



Tetamu sedang menikmati juadah dari segenap lapisan kaum

Khamis, 29 Oktober 2009

teks untuk buku cenderahati Hari Kecemerlangan Pelajar 2009 SRA P4.

"Assalammulaikum warahmatullahhi wabarakatuh"

Segala puji bagi Allah Azza wajalla di atas limpah kurnia, taufik, inayah dan rahmatNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SRA Parit Empat sempena sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar yang kita sambut pada hari ini. Majlis ini adalah sebagai pengiktirafan kepada pelajar pelajar yang telah berjaya dan pasti ia juga menyuntik semangat kepada seluruh pelajar pelajar agar berusaha terus lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, disamping menjadi Key Performen index atau penanda aras kepada komitmen kita.


Kita amat sedar bahawa  masyarakat madani hanya akan terbentuk melalui sahsiah dan akhlak  terpuji yang lahir dari kalangan pelajar terdidik dan seimbang dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani. KIta juga amat sedar bahawa hanya pendidikan agama yang mampu mengangkat martabat ummah yang sekian lama tenggelam dalam arus kebejatan  globalisasi .Dan yang pastinya bahawa hanya pendidikan agama mampu menjadi benteng kepada keruntuhan moral dan peradaban manusia.


Kita akan ketinggalan jauh sekiranya  tiada langkah langkah dan strategi  berjadual  dan bersistem
dilaksanakan,  disamping semua pihak samada guru guru, ibubapa dan pelajar harus sedar akan peranan dan tanggung jawab masing masing. Oleh itu pendekatan seperti sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar sebegini perlu kita jayakan untuk mencapai misi dan visi yang kita idamkan.


Dengan iltizam yang penuh dari semua warga  SRA Parit Empat, saya yakin insya Allah kita mampu meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah, kerohanian dan kualiti pelajar.
Semoga  usaha dan cita cita murni kita  akan membuahkan  kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama SRA Parit Empat.


"Sesuatu yang luarbiasa itu hanya dilahirkan oleh usaha yang luarbiasa"


Syukran jazakallah khairan kathira"


ABU ZAKI ABD.RAZAK.
YDP.PIBG SRA PARIT 4
10.Dzulkaedah 1430H/29.Okt.09

Ahad, 25 Oktober 2009

SALAM PERJUANGAN !!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada yang lebih berharga untuk kita sumbangkan kepada Islam melainkan  bekerja dengan jamaah dan melalui jamaah. Pendekatan jamaah selain dituntut oleh Islam, merupakan cara yang paling efektif untuk merealisasikan matlamat menegakkan Negara  Berlandaskan Syariaat Islam



Dalam jamaah terkumpul  individu individu yang  memiliki persamaan, kemudian persamaan itu diikat  dalam ikatan yang besar, umpama lidi jika satu mudah dipatahkan, maka bila sudah banyak diikat menjadi satu ikatan yang kukuh dan padu . Justeru kekuatannya  boleh menyapu bersih apa

jua jenis sampah yang ada. Kekuatan yang terbena itu akan menjadi momentum untuk meletakkan ummah di tempat yang sewajarnya dan digeruni serta dihormati.


Kita hidup dalam masyarakat yang sangat arif bahawa kekuatan ummah itu hanya akan terbena

 sekiranya organisasi itu  dipacukan oleh kesepakatan para jamaah. Itu merupakan kata kunci yang jelas dan tidak boleh ditawar menawar. Kekuatan individu pastinya masih ada keterbatasannya dan keterbatasan itu hanya boleh diperlengkapkan dengan kekuatan kekuatan yang ada pada individu yang lain.


Pilihan untuk bekerja di dalam dan melalui jamaah hanya lahir dari kesedaran mendalam, tapi kesedaran saja tidak cukup melainkan disertai prasyaratan psikologis lain seperti kesedaran bahawa , kita adalah bahagian dari fungsi pencapaian tujuan.


Bila kita memasuki jamaah , kita harus bersiap untuk menjadi taat dan sehebat apapun seseorang individu dia tidak boleh merasa lebih besar daripada strategi, di mana ia merupakan salah satu bahagiannya.


Jika ada individu yang terasa ia lebih besar dari strategi  jamaah , maka strategi itu akan beratakan. Untuk itu individu harus memiliki kerendahan hati yang tulus.


Selain itu ketaatan kepada pemimpin jamaah haruslah di letakkan pada urutan terpenting.

Pemimpin akan menjadi efektif apabila memiliki prajurit prajurit yang taat dan setia.

Namun , kreativiti tidak bertentangan dengan  ketaatan dan kesetiaan; kita harus menggabungkan

ketaatan dengan kreativiti kerana ketaatan lahir dari disepelin dan komitmen, sementara kreativiti lahir dari kecerdasan dan kelincahan. Dan itu merupakan perpaduan yang utuh.


Jamaah yang efektif adalah jamaah yang upaya  melontarkan idea idea yang bernas kemudian merealisasikannya. Sementara kemampuan memunculkan idea idea yang terbaik dan bernas itu  lahirnya dari beberapa  elemen ;  Sasaran yang jelas, strategi yang tepat,   pelaku yang bekerja dengan punuh semangat  dan berada dalam linkungan  kondusif.


Jamaah yaJng didirikan untuk menegakkan syariaat Allah SWT di muka bumi, akan menjadi efektif apabila ia memiliki syarat syarat berikut:-


Pertama,  ikatan akidah, bukan kepentingan.

Orang yang bergabung dalam jamaah itu disatukan oleh ikatan akidah, dan bekerja untuk kepentindan Islam. Mereka tidak disatukan okeh kepentingan duniawi yang biasanya lahir dari kekuatan nafsu.


Kedua, Jamaah itu wadah, bukan tujuan.

Jamaah itu tetap di posisikan sebagai wadah bukan tujuan. Sehingga tiada alasan untuk memupuk

fanatisma kesetiaan kepada kumpulan tertentu. Hilangnya fanatisma memungkinkan jamaah itu saling bekerjasama diantara mereka, membangun jaringan kekuatan, seterusnya menghindarkan diri dari terjebak dalam pertarungan yang saling mematikan.


Ketiga, sistem bukan tokoh.

 Jamaah akan menjadi efektif jika orang yang ada di dalamnya  bekerja  dengan sebuah sistem

yang jelas, bukan bekerja dengan seseorang yang berfungsi sebagai sistem. Pemimpin dan prajurit

hanyalah bahagian dari strategi. Menekala sistem adalah sesuatu yang terpisah.


Keempat, mengelola perbedaan bukan mematikannya.

Jamaah yang efektif mampu merobah keragaman menjadi sumber kreativiti kolektifnya.

Dan itu  dilakukan melalui makanisma syura.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Terapi Duha pagi Jumaat. "MAGFIRAH'

firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal amal yang abaik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang orang yang bertakwa, iaitu orang orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang orang yang menahan kemarahannya,dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang orang yang berbuat perkara perkara yang baik, dan juga orang orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahwi (akan salahnya dan akibatnya). Orang orang yang demikian sifatnya , balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik baik balasan (bag) orang orang
yang beramal. (ali'Imran :133-136)

Terapi Duha pagi Jumaat. "MAGFIRAH'

Terimakasih & Salam sejahtera !!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum , minggu minggu yang berlalu memang menyibukkan,tak dan nak mengurus masa dengan baik hingga tidur dan makanpun tak terurus.
Bermula dengan PRK Bagan Pinang ,Rumah terbuka JKKK / Kawasan , Program Tuisyen Rakyat, SPIES Remaja & Belia tahap Dua dan yang terkini Bantahan Analisa Rang Daftar Pemilih (SPR) Bagi Suku 3 , tahun 2009. yang sangat perlu di beri tumpuan masa. Tidak termasuk mengurus mangsa bencana ribut yang melanda sewaktu dengan berlaku gempa bumi di Padang, berlaku di Sg.Burong yang ada diantaranya ana kena panjat bumbung rumah membuat kerja tukang. Tidak termasuk Tugas rutin untuk masjid & sekolah yang perlu juga di urus .
Walaubagaimanapun, Syukur yang tidak terhingga kerana harini kita dapat bersua kembali . Di kesempatan ini ana mengucapkan jutaan terimakasih kepada teman teman yang sudi meluangkan masa melayari blog ini.
Jazakallah khairan kasira ..

Jumaat, 2 Oktober 2009

RAKAN MUDA MASJID

Pengenalan :

MENJADIKAN MASJID SEBAGAI WADAH PENGEMBELINGAN AMAL ISLAMI MASYARAKAT DAN WAHANA TRANSFORMASI UMMAH MELALUI PROGRAM MESRA REMAJA, MESRA KELUARGA DAN MESRA MASYARAKAT.

OBJEKTIF:

1.Melahirkan jenarasi remaja yang cintakan masjid.
2.Membentuk jatidiri remaja menerusi masjid dengan program program mesra remaja.
3.Memperkasakan kurikulum dan metodologi pembelajaran Islam dimasjid.
4.Menjadikan masjid sebagai pusat tarbiah ,pusat maklumat dan kemasyarakatan yang bersifat "one stop centre".
5.Memantapkan organisasi pengurusan masjid dari segi kekompetensian pengurusan jawatankuasa masjid.  

SASARAN:

1.Remaja bermasaalah terutamanya yang terlibat dengan gejala sosial  seperti ponteng sekolah,vendalisma, dan sebagainya  yang berumur yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun.
2.Remaja yang tercicir (tidak bersekolah) disebabkan kemiskinan keluarga,yang sering dikaitkan terlibat dengan budaya lepak, ketagihan dadah, merempit, sex bebas dan mempengaruhi remaja yang bersekolah.
3.Remaja yang bermasaalah disebabkan penceraian ibubapa, di Selangor merupakan kadar tertinggi.

UMNO/BN & pembudayaan kearah kehancuran ???

Kah, kah.,kah, sepatutnya depa hentikan budaya menyanjung pemimpin rasuah .

namun apa da h adi  ?  Tuuu, macam ayam jantan , kokok bederai ekor begelumang tahi !
I'am Mr. Clean  ,you know  ,..........hem , forever clean.   kesalahan jenayah?  No ...court  ?   No..

Ok..kita mengjangkakan  rejim  UMNO/BN  akan  berakhir sebelum  atau pada PRU 13.
jika UMNO tewas di Bagan Pinang  , kita akan  kuburkan bersama Akta zalim ISA< OSA > AUKU & yang sama waktu dengannya .......

Besok  penamaan calun  , mai kito gi sokmo !!!!!!           bravo  ...!!!      ZULKIFLI  !!!!!!
takbir ...... ALLAHHUAKBAR!!!!!

Petikan Hadis.

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah di tanya.

 "Siapakah orang yang paling bijak wahai Muhammad?" 

Maka Nabi menjawab,

"Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati  mati                                               dan paling banyak bersedia  untuk menghadapinya".


.....Hadis riwayat Ibnu Majah.

Perjuangan Sepanjang Masa

Perjuangan telah lama bermula.Perjuangan adalah sepanjang masa.Noktah perjuangan adalah noktah hayat

...SPIEZS REMAJA !!!!

...SPIEZS  REMAJA !!!!

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua

............kami yakin anda boleh melakukannya...

ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI

BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.

................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....


"sacrifices"

"A wise man once said you can have anything in life if you will sacrifice everything else for it. What he meant is nothing comes without a price.!!!!!!!!!!
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."

aida comel

aida comel

Aida comel

aboy & afiq

aboy & afiq

..........TOKOH............


AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.

abzar56 Sungai Burong



AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.

Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.

Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di kota Farab yang sekarang dikenali sebagai Kota Atrar yang terletak di wilayah Turki. Oleh kerana itu gelaran Al-Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya. Beliau hidup di zaman Dinasti Abasiyyah di bawah pemerintahan Saifuddaulah. Bapanya berketurunan Parsi dan ibunya berdarah Turki. Bapanya pernah menjadi seorang panglima tentera di bawah kerajaan Turki.

MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.

Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat

Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.

Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.

Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.

Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.

Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya

BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:


1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.

Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.

Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.

Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.

Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.

Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.

http://abzar56-blog.blogspot.com/

abu zaki ab.razak

Pelancaran PTRS

Pelancaran PTRS

Hamster