KUALA LUMPUR, 25 Feb — Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.
Beliau berkata penubuhan “Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad” itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan
Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.
“Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan