Pertandingan Laman Web 2010 |
1.0 Pertandingan Web 2010
- Kategori 1 : Organisasi (Laman Web Negeri / Kawasan / Dewan)
- Kategori 2 : Individu (YB/Pimpinan PAS Negeri/Pimpinan PAS Kawasan)
2.0 Objektif
Untuk menilai laman web daripada sudut pandangan rakyat dan ahli PAS dalam kebolehcapaian, mudah digunakan dan sebagai media alternatif dan platform untuk penyebaran maklumat yang relevan.
Program ini juga akan memperkenalkan dan menggalakkan dari segi etika perkongsian maklumat, yang mana akan meliputi kesahihan maklumat, kredit kepada sumber maklumat, dan kerahsiaan maklumat strategik.
3.0 Syarat-syarat penyertaan
- Ahli PAS;
- Bagi kategori 1, peserta digalakkan menggunakan domain pas.org.my;
- Hendaklah memasukkan "web counter" yang telah disediakan oleh penganjur;
- AJK Jabatan IT PAS Pusat (JITP), AJK Jabatan IT Muslimat Pusat (JITM) dan AJK Lajnah ICT PAS dikecualikan untuk menyertai pertandingan ini.
4.0 Tarikh-tarikh penting
- Pendaftaran dibuka: 15/01/2010
- Pendaftaran ditutup: 30/04/2010
- Tempoh penilaian : 01/05/2010 - 31/8/2010
- Keputusan akhir: 15/09/2010
- Pengumuman & majlis pemberian hadiah: Oktober 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan