PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

• Konsep pengajaran berorientasikan pepeiksaan. • Nota padat dan komprehensif disampaikan melalui modul percuma. • Setiap modul direka mengikut nota yang berasakan kepada soalan-soalan peperiksaan. • Sesi kaunseling oleh KPMI diberi secra PERCUMA agar pelajar dpat mencpai tahap prestasi yang cemerlang. • Kumpulan tutor / guru tuisyen terdiri daripada guru pakar yang memeriksa kertas peperiksaan kerajaan atau ahli panel penggubal soalan peperiksaan.

Bacaan Surah Al - Mulk

SPIES up your life !!!

SPIES up your life !!!

Jumaat, 14 Mei 2010

'terapi duha' Jumaat ...


Firman Allah dalam surah Al Baqarah

BismIllahir Rahmanir Rahmanir Rahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang Yang beriman. padahal orang-orang Yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul Dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang Yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang Yang hendak memperbaikinya. dan jika Allah menghendaki tentulah ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul Dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Surah Al Baqarah ayat 212,213,214,219 dan 220

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...SPIEZS REMAJA !!!!

...SPIEZS  REMAJA !!!!

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua

............kami yakin anda boleh melakukannya...

ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI

BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.

................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....


"sacrifices"

"A wise man once said you can have anything in life if you will sacrifice everything else for it. What he meant is nothing comes without a price.!!!!!!!!!!
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."

aida comel

aida comel

Aida comel

aboy & afiq

aboy & afiq

..........TOKOH............


AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.

abzar56 Sungai Burong



AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.

Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.

Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di kota Farab yang sekarang dikenali sebagai Kota Atrar yang terletak di wilayah Turki. Oleh kerana itu gelaran Al-Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya. Beliau hidup di zaman Dinasti Abasiyyah di bawah pemerintahan Saifuddaulah. Bapanya berketurunan Parsi dan ibunya berdarah Turki. Bapanya pernah menjadi seorang panglima tentera di bawah kerajaan Turki.

MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.

Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat

Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.

Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.

Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.

Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.

Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya

BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:


1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.

Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.

Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.

Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.

Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.

Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.

http://abzar56-blog.blogspot.com/

abu zaki ab.razak

Pelancaran PTRS

Pelancaran PTRS

Hamster