Pada
2,3&4HB.JULY, 2010
(Jumaat,Sabtu&Ahad)
TEMPAT
KAMPUNG PARIT EMPAT,SG.BURONG.
45400 SEKINCHAN.
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan kelulusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong agar menyokong dan membiayai program yang telah dirancang iaitu Program Titian Kasih Pautan Ukhwah Penduduk Kampung Parit Empat Sg.Burong bersama Pelajar UNISEL.
2.0 PENGENALAN
Program yang dianjurkan oleh JKKK KAMPONG PARIT EMPAT lebih memfokuskan kepada program yang berbentuk kemasyarakatan seperti program bakti siswa, khidmat masyarakat, program anak angkat, program motivasi dan juga program berbentuk ilmiah yang lain.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan yang baik di antara masyarakat dan JKKK kampong.
3.2 Mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk dan pelajar universiti
3.3 Memantapkan organisasi pengurusan JKKK kampong dari. segi kekompetensian
3.4 Menjana pemikiran ke arah memperkasakan peranan JKKK kampong untuk membangun masyarakat.
3.5 Memberi galakan kepada pelajar-pelajar sekolah (anak-anak penduduk kampong)
agar mereka berusaha bersungguh-sungguh di dalam pelajaran
4.0 NAMA PROGRAM
“TITIAN KASIH PAUTAN UKHUWAH”
5.0 ANJURAN
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong Parit 4, Sungai Burong.
6.0 KERJASAMA
Program ini mendapat kerjasama daripada:
Nama Pihak PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL
DAN PENGAJIAN INDUSTRI.
Alamat UNISEL , BANDAR BISTARI JAYA.
Nama NORFARAHANA BINTI AZIZ
Jawatan PENGURUSI PERSATUAN MAHASISWA
Tel.Pejabat -
Faks -
H/P 013-250 1539
e-mail farah_aziz87@yahoo.com.my
7.0 TARIKH MASA
Program ini dirancang untuk dilaksanakan selama tiga hari (03) iaitu pada 2,3 & 4HB.JULY, 2010.
Program ini dirancang akan diadakan di Kampung PARIT EMPAT SUNGAI BURONG, 45400 SEKINCHAN, Selangor.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan seluruh penduduk kampong Parit 4 , Sg.Burong dan masyarakat
Sungai Burong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan