PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

• Konsep pengajaran berorientasikan pepeiksaan. • Nota padat dan komprehensif disampaikan melalui modul percuma. • Setiap modul direka mengikut nota yang berasakan kepada soalan-soalan peperiksaan. • Sesi kaunseling oleh KPMI diberi secra PERCUMA agar pelajar dpat mencpai tahap prestasi yang cemerlang. • Kumpulan tutor / guru tuisyen terdiri daripada guru pakar yang memeriksa kertas peperiksaan kerajaan atau ahli panel penggubal soalan peperiksaan.

Bacaan Surah Al - Mulk

SPIES up your life !!!

SPIES up your life !!!

Isnin, 25 Januari 2010



9

“Doa senjata kami!”

Pada January 9th, 2009, ia ditulis oleh Al-Irfan
Doa senjata kami!
Jeritan Ustaz Ramadhan sebagai semboyan mula untuk perang kali ini, telah menyempitkan pembuluh darahku yang konon soldadu.
Dengan kepalan salji sebagai peluru, kami cuma bersenjatakan tangan untuk membedilnya. Lupakan zirah besi bala tentera Muhammad Al-Fateh, apatah cekal bahu yang memikul armada. Bermimpi sungguh untuk mewariskan semangat mereka ketika menakluk Constantinople.
Program anjuran IPIJ selama yang kuikuti, tak pernah mengecewakan pesertanya setakat ini. Simpulan memori yang takkan sekali aku leraikan, pastinya sebuah permainan perang yang seakan kebudak-budakan. Biarpun ‘perang’ olok-olok itu langsung tidak sengsarakan tubuh, namun siapakah bisa menyangkal, turun naik injap jantung, sederu derapan kuda yang berlari.  

3
Pihak musuh sibuk mengumpulkan peluru berbantukan alat khas. -Gambar adalah sumbangan Azhar Gifu (berkaca mata). Terima kasih, ya.

4
Aku dikesan sebagai ’senjata’ berbahaya, lantas diserang dua musuh sekaligus. KEJAM!

2
Musuh pulang kecewa usai Bro Luqman (bulatan) berjaya membawa ‘kunci’ ke so called ‘Bukit Uhud’. Kau memang cekap, bro!

1
Pusingan kedua: Berbincang untuk memasang perangkap. Strategi kali ini membiarkan musuh masuk tanpa diganggu. Walau panglima kami, Yeh mati awal (kasihan dia), kemenangan tetap milik kami!

Masih kuingat segar Summer Camp 2006 di Myoukou, adalah detik terawal kurasa manisnya linangan air mata anak-anak Palestina. Selembar demi selembar tirai sirah diselak, termasuk buruk pinta yang diberitakan ke telinga kami. Segunung syukur kudaki atas pertemuan kami yang beralas nama-Mu, ya Ilahi.
7
Bersama sebahagian penggerak IPIJ, ketika Summer Camp 2006. (Atas dari kiri, Akhi Mokh, Zul, Yeh, Aku dan Halim. Bawah dari kiri, Bro Fallah, Akhi Khiaq, Bro Luqman dan Boss.)
Sewaktu program, paling tak lupa saranan dari Bro Helmi (kalau dia masih ingat lagi ),
Biasakanlah diri bertanya, “Ada yang boleh kubantu?”
6
Taklimat sebelum perang. Senjata ketika itu adalah belon berisi air. Lihatlah hutan belantara di belakang kami. Bayangkanlah keseraman perang ketika itu.
Program IPIJ seperti biasa dengan acara riadah yang mesti ada, iaitu War Game, semestinya mempunyai misinya yang tertentu. Ketika dikepung musuh, Tuhan Maha Tahu betapa derasnya gigi terketar. Jauh terpuruk di dalam hati-hati kami, segugus doa yang berbunyi,
Ya Tuhan, kalau begini perasaan saudaraku
 di medan jihad, sejahterakanlah mereka.!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...SPIEZS REMAJA !!!!

...SPIEZS  REMAJA !!!!

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

SPIES PELAJAR UNIVERSITY

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

SPIES hebat !!!!!!!!!!

kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua

............kami yakin anda boleh melakukannya...

ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI

BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.

................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....


"sacrifices"

"A wise man once said you can have anything in life if you will sacrifice everything else for it. What he meant is nothing comes without a price.!!!!!!!!!!
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."

aida comel

aida comel

Aida comel

aboy & afiq

aboy & afiq

..........TOKOH............


AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.

abzar56 Sungai Burong



AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.

Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.

Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di kota Farab yang sekarang dikenali sebagai Kota Atrar yang terletak di wilayah Turki. Oleh kerana itu gelaran Al-Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya. Beliau hidup di zaman Dinasti Abasiyyah di bawah pemerintahan Saifuddaulah. Bapanya berketurunan Parsi dan ibunya berdarah Turki. Bapanya pernah menjadi seorang panglima tentera di bawah kerajaan Turki.

MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.

Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat

Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.

Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.

Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.

Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.

Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya

BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:


1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.

Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.

Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.

Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.

Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.

Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.

http://abzar56-blog.blogspot.com/

abu zaki ab.razak

Pelancaran PTRS

Pelancaran PTRS

Hamster