Zakiabuzaki http://www.facebook.com/profile. http://abzar56SungaiBurong.com/ Zaki Abu ZakiPROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR bagi DUN SG.BURONG Prog. Tuisyen Rakyat akan bermula pd hari AHAD 6hb.MAC 2011 bertempat di Sek Men Agama Tanjong Karang jam 8.00pagi berpakaian sopan menutup aurat ,berkasut & bawa alat tulis ,kalkulator serta buku catatan...jaga adab kesopanan kamu lelaki & perempuan kerana kamu adalah harapan ayah ibu & pemimpin masa depan !
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
Bacaan Surah Al - Mulk
SPIES up your life !!!
Rabu, 25 November 2009
SALAM PERJUANGAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada yang lebih berharga untuk kita sumbangkan kepada Islam melainkan bekerja dengan jamaah dan melalui jamaah. Pendekatan jamaah selain dituntut oleh Islam, merupakan cara yang paling efektif untuk merealisasikan matlamat menegakkan Negara Berlandaskan Syariaat Islam
Dalam jamaah terkumpul individu individu yang memiliki persamaan, kemudian persamaan itu diikat dalam ikatan yang besar, umpama lidi jika satu mudah dipatahkan, maka bila sudah banyak diikat menjadi satu ikatan yang kukuh dan padu . Justeru kekuatannya boleh menyapu bersih apa
jua jenis sampah yang ada. Kekuatan yang terbena itu akan menjadi momentum untuk meletakkan ummah di tempat yang sewajarnya dan digeruni serta dihormati.
Kita hidup dalam masyarakat yang sangat arif bahawa kekuatan ummah itu hanya akan terbena
sekiranya organisasi itu dipacukan oleh kesepakatan para jamaah. Itu merupakan kata kunci yang jelas dan tidak boleh ditawar menawar. Kekuatan individu pastinya masih ada keterbatasannya dan keterbatasan itu hanya boleh diperlengkapkan dengan kekuatan kekuatan yang ada pada individu yang lain.
Pilihan untuk bekerja di dalam dan melalui jamaah hanya lahir dari kesedaran mendalam, tapi kesedaran saja tidak cukup melainkan disertai prasyaratan psikologis lain seperti kesedaran bahawa , kita adalah bahagian dari fungsi pencapaian tujuan.
Bila kita memasuki jamaah , kita harus bersiap untuk menjadi taat dan sehebat apapun seseorang individu dia tidak boleh merasa lebih besar daripada strategi, di mana ia merupakan salah satu bahagiannya.
Jika ada individu yang terasa ia lebih besar dari strategi jamaah , maka strategi itu akan beratakan. Untuk itu individu harus memiliki kerendahan hati yang tulus.
Selain itu ketaatan kepada pemimpin jamaah haruslah di letakkan pada urutan terpenting.
Pemimpin akan menjadi efektif apabila memiliki prajurit prajurit yang taat dan setia.
Namun , kreativiti tidak bertentangan dengan ketaatan dan kesetiaan; kita harus menggabungkan
ketaatan dengan kreativiti kerana ketaatan lahir dari disepelin dan komitmen, sementara kreativiti lahir dari kecerdasan dan kelincahan. Dan itu merupakan perpaduan yang utuh.
Jamaah yang efektif adalah jamaah yang upaya melontarkan idea idea yang bernas kemudian merealisasikannya. Sementara kemampuan memunculkan idea idea yang terbaik dan bernas itu lahirnya dari beberapa elemen ; Sasaran yang jelas, strategi yang tepat, pelaku yang bekerja dengan punuh semangat dan berada dalam linkungan kondusif.
Jamaah yaJng didirikan untuk menegakkan syariaat Allah SWT di muka bumi, akan menjadi efektif apabila ia memiliki syarat syarat berikut:-
Pertama, ikatan akidah, bukan kepentingan.
Orang yang bergabung dalam jamaah itu disatukan oleh ikatan akidah, dan bekerja untuk kepentindan Islam. Mereka tidak disatukan okeh kepentingan duniawi yang biasanya lahir dari kekuatan nafsu.
Kedua, Jamaah itu wadah, bukan tujuan.
Jamaah itu tetap di posisikan sebagai wadah bukan tujuan. Sehingga tiada alasan untuk memupuk
fanatisma kesetiaan kepada kumpulan tertentu. Hilangnya fanatisma memungkinkan jamaah itu saling bekerjasama diantara mereka, membangun jaringan kekuatan, seterusnya menghindarkan diri dari terjebak dalam pertarungan yang saling mematikan.
Ketiga, sistem bukan tokoh.
Jamaah akan menjadi efektif jika orang yang ada di dalamnya bekerja dengan sebuah sistem
yang jelas, bukan bekerja dengan seseorang yang berfungsi sebagai sistem. Pemimpin dan prajurit
hanyalah bahagian dari strategi. Menekala sistem adalah sesuatu yang terpisah.
Keempat, mengelola perbedaan bukan mematikannya.
Jamaah yang efektif mampu merobah keragaman menjadi sumber kreativiti kolektifnya.
Dan itu dilakukan melalui makanisma syura.
Dicatat oleh abu zaki ab.razak di 02:50
...SPIEZS REMAJA !!!!
SPIES PELAJAR UNIVERSITY
PTRS.....menyempurnakan kecemerlangan!!!!!!!!!!
SPIES hebat !!!!!!!!!!
kecemerlangan & kejayaan adalah milik semua
ANAK ADALAH ASSET PALING BERHARGA !!!
KAMI INGIN MEMBANTU ANAK ANDA MENINGKATKAN
PENCAPAIAN MEREKA DALAM UPSR, PMR, SPM DAN
PEPERIKSAAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI
BANTULAH DAN TINGKATKAN DAYA INGATAN, MINDA,
KEPINTARAN,KECERDASAN DAN KESIHATAN ANAK ANDA.
................"sacrifices" sheilaizrin zaki.....
"sacrifices"
So before you go into battle, you better decide how much you're willing to lose. Too often, going after what feels good means letting go of what you know is right, and letting someone in means abandoning the walls you've spent a lifetime building.
Of course, the toughest sacrifices are the ones we don't see coming, when we don't have time to come up with a strategy to pick a side or to measure the potential loss. When that happens, when the battle chooses us and not the other way around, that's when the sacrifice can turn out to be more than we can bear."
aida comel
aboy & afiq
..........TOKOH............
AL-FARABI, DISAMPING SEBAGAI TOKOH FALSAFAH ISLAM, BELIAU JUGA ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL ISLAM YANG MEMPUNYAI PANDANGAN TERSENDIRI YANG BOLEH DIANGGAP SEBAGAI USAHA REVOLUSI DI DALAM BIDANG PEMIKIRAN ISLAM KHUSUSNYA KEMASYARAKATAN.
abzar56 Sungai Burong
AL-FARABI lebih dikenali dengan gelaran Muallim Al-Sani di kalangan ahli ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi. Selain itu beliau juga terkenal dengan teory polotiknya sebagaimana yang tercatat di dalam karya utamanya Ara’l Ahlil Al-Madinah Al-Fadhilah.
Akan tetapi tidak ramai orang Islam pada waktu itu mengenalinya. Apatah lagi mempelajari serta mengkaji keilmuannya. Maka dengan adanya artikal ini, dapatlah kita bersama sama mengenali serta mengambil sedikit sebanyak khazanah ilmu yang telah berkurun lamanya ditinggalkan.
Menyorot latar belakang kehidupan beliau, nama sebenarnya ialah ABU Nashr ibn Tharkhan ibn Muhamad ibn Auzalag. Beliau dilahirkan pada tahun 259 – 339 Hijrah (872- 941 m) di
MENURUT Al-Farabi, melalui pandangannya mengenai politik dan kemasyarakatan yang dihuraikan secara panjang lebar di dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahlil Madinah al- Fadhilah, politik menduduki tempat yang penting di dalam Negara.
Ini kerana politik merupakan saranan penting bagi manusia untuk memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di dalam sesebuah Negara. Politik adalah focus utama dalam membena struktur sesuatu masyarakat
Dalam usaha memperolehi kebahgiaan dan kesejahteraan
Ini manusia tidak boleh tidak mesti bekerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan memperolehi apa yang dihajatinya.
Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah. Oleh itu manusia perlu berdampingan dan berkumpul dalam hidupnya. Dari perkumpulan ini terbentuklah masyarakat.
Negara yang paling baik menurut Al-Farabi dipanggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato (seorang ahli falsafah Yunani) yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia.
Al-Farabi berpendapat, Negara Utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa berkeadaan baik.
Setiap anggota tubuh badan saling mengetahwi tugas masing masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki begitulah sebaliknya
BAGI yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin, Al-Farabi menetapkan 12 syarat utama yang harus dimiliki:
1. Sihat anggota tubuh badan.
2. Baik pemahaman dan pemikiran.
3. Cerdik dan bijak.
4. Bahasa yang lembut dan baik.
5. Mencintai ilmu pengetahwan.
6. Tidak gairah kepada makan minum dan perkahwinan
7. Mencintai kebenaran dan membenci penipuan.
8. Berjiwa besar dan mulia.
9. Tidak mencintai harta dan kebendaan.
10. Bercita cita tinggi, berani dan tidak lemah mental.
11. Adil dan tidak sukar untuk memimpin.
Cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman.
Oleh itu, seorang pemimpin atau ketua Negara yang berkelayakan itu mesti memenuhi syarat di atas.
Demikianlah garis panduan yang diberikan oleh Al-Farabi dalam pembentukan sebuah Negara memerlukan kerjasama dari semua anggota masyarakat. Pemimpin pula perlu kepada sifat yang berkelayakan untuk memimpin masyarakat tersebut.
Al-Farabi, disamping sebagai Tokoh Falsafah Islam , beliau juga sebagai Tokoh Intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri yang boleh dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam khususnya kemasyarakatan.
Beliau merupakan antara perintis perintis ulung yang berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai sasaran untuk mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan khususnya dibidang pembentukan sebuah Negara.
Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori teori hidup bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Hadis.
http://abzar56-blog.blogspot.com/
Dicatat oleh abu zaki ab.razak d
Tiada ulasan:
Catat Ulasan